Monday, August 31, 2009

Besdey Party Hadif

Bismillah...Assalamualaikum...

Hari ni genap hari ke 10 kita puasa...semalam celebrate besdey hadif..hmm lewat smiggu sbb last week bizi sket...so, rasa mcm nak masak coz lama dh x buat mkn2...last year raya dlm pantang...

Masak ala kadar je...takut x sempat...so, masak utk ajak adik bradik je dtg...long & abe ashim, abe ye, kak gee, nana & irfan and last but not least asya yang meraikan besdey hadif...lodi x dtg coz dia kena g amik member kt klia laks...

Masak kemmain byk sbb x tahu nk bajet...slalu cenggitu...kalo buat masak2, mesti berlebih2...bak kata mak aku, biar lebih x pe jgn x cukup...org mkn pun kenyang...x segan2...

Mula2 bukak posa dulu, kena hormat bln posa...lepas bukak posa lam kul 9mlm baru upacara potong kek beramai2...ceewah mcm ramai jer...bkn x nk ajk ramai tp umah sempit...nk ajk ramai2 nnt crouded sgt laks...nnt dh pindah umah baru, leh la ajk ramai2...insyaAllah lg 2 thn... Hasil kreativiti cek su and baba...
Kek yang sedap dari secret recipe...
Bergambar dulu sebelum org dtg...
Umi pn nk posing gak ngan kek...
Acara tiup lilin...
Acara potong the kek...
Nasi hujan panas...(ada 3 kaler ijau, merah & kuning)
Ayam masak merah, dalca & mihun goreng special...
Satay sedap...

Bukan men hepi lagi si kecit hadif tu...kak nana dgn irfan pon sonok main2...
Tengkiu semua yang dtg meraikan besdey hadif...
Nnt thn depan kita buat lagi kay...

Sebelum balik, sempat bergambar ramai2...nak tengok gambar2 yang lain, sila ke my facebook...weehuuu..
Doa Panjang Umur
“Ya Allah panjangkanlah umur kami dalam mentaati-Mu, dan mentaati utusan-Mu serta jadikanlah kami hamba-hamba-Mu yang soleh”

Wassalam...

Saturday, August 29, 2009

Juadah Berbuka...

Bismillah...Assalamualaikum...

Hmmm..sepanjang bulan posa ni, x pernah masak la...bukan malas ye pembetulan BUKAN MALAS..masalah utama aku kalo masuk dapur ialah bila aku masuk je dapur, ade je pembantu yang tak diingini nk tolong (sape lagi kalu tak si kecit tu)...si kecit ni suka nk bergantung kat kaki je..tak nak duk ngan baba dia sangat..jadi, solution paling senang iaitu beli kat kedai saje...

Memandangkan hari ni cek su dia datang...kena masak la...lagipun ikan siakap beli ari tu, tak buat pape lg...cek su layan si kecit hadif, umi masak ek...tadaaa...Siakap sweet sour (simple je)-resepi sendiri...

Ayam grille (bakar jgn x bakar)...

Kurma telor (makan ngan kicap sedap ooo)...

Alhamdulillah dengan limpah kurniaNya, kita dapat melaksanakan ibadah puasa dengan tabah...

مَنْ قَرأ سُورَةَ الوَاقِعَةِ فِي كُلّ لَيْلَةٍ لَمْ تُصِبْهُ فاقَة

“Sesiapa yang membaca surah al-Waqiah pada setiapa malam ia tidak akan ditimpa kefakiran.” (Riwayat daripada Ibn Mas‘ud: al-Azkar, al-Jami al-Soghir)

Wassalam...



Thursday, August 27, 2009

Resepi Nasi Dagang

Bahan-bahan:

5 cawan beras nasi dagang ATAU (3 cawan beras pulut + 2 cawan beras biasa)

2 cawan santan pekat

4 cawan santan cair

2 sudu besar halba

10 ulas bawang merah kecil, mayang halus

6 ulas bawang putih, mayang halus

1½ inci halia, dihiris halus (seperti batang mancis)

Garam dan gula secukup rasa.

Cara memasak:

  • Didihkan air didalam periuk kukusan

  • Gaul beras dan santan cair dengan sedikit gula dan garam

  • Alaskan kukusan dengan kain kapas yang bersih (seelok-eloknya dua inci melebihi paras bekas pengukus

  • Masukkan beras yang sudah bersantan kedalam pengukus dan kukus sehingga beras masak

  • Keluarkan beras yang sudah masak, masukkan ke dalam sebuah mangkuk besar

  • Semasa masih panas panas, gaul rata-rata dengan santan pekat (masuk sedikit-sedikit), bawang merah, bawang putih, halia dan halba. Sesuaikan gula dan garamnya.

  • Hidang panas-panas bersama kuah dan sambal kelapa.

Gulai ikan tongkol (atau ayam) untuk nasi dagang

Bahan A

Dua ekor ikan tongkol sederhana besar

5 keping asam gelugor

2 inci halia, ditumbuk kasar

3 ulas bawang merah kecil, ditumbuk kasar

3 ulas bawang putih, ditumbuk kasar

Sesudu makan garam dan sesudu teh gula

Air untuk merebus (sekadar menutup ikan, le

bihkan seinci)

Bahan B

Santan pekat dari satu biji kelapa

3 keping asam gelugor

5 ulas bawang merah kecil, ditumbuk

4 ulas bawang putih, ditumbuk

1 inci halia, ditumbuk

Satu peket rempah kari Adabi, dibuat pes

Satu sudu makan cili boh (kalau tak suka pedas, tinggalkan)

1 cawan santan cair, dibancuh dengan sesudu makan asam jawa.

2 sudu makan gula merah/ kabung/ melaka (atau k

alau di Kelantan dipanggil "manisan")

Garam secukup rasa

Minyak untuk menumis

Cara memasak:

  • Rebus bahan A sehingga masak

    , dan renihkan selama setengah jam, kemudian ambil ikan sahaja dan ketepikan.

  • Pijarkan minyak di dalam periuk

  • Tumiskan bawang, bawang putih dan halia, sehingga naik bau

  • Masukkan rempah kari dan cili boh (jika guna) dan goreng sehingga keluar minyak

  • Masukkan santan cair yang telah dicampur dengan asam jawa dan ikan (ketepikan sekeping untuk sambal kelapa). Biarkan mendidih

  • Masukkan santan pekat dan asam

    gelugor

  • Bila mendidih masukkan gula merah

  • Masukkan garam dan sesuaikan rasanya (kalau sudah masam, keluarkan asam gelugor)

  • Biarkan renih selama 15 minit sebel

    um dihidangkan bersama nasi dagang.

Sambal kelapa untuk Nasi Dagang

Bahan-bahan:

Kelapa parut (sebiji), disangrai sehingga perang

4 sudu makan gula kabung (manisan)

Sekeping ikan tongkol rebus, asingkan isinya sahaja

Cara memasak:

  • Tumbuk semua bahan-bahan sedikit demi sedikit. Pastikan kelapa tidak pecah minyaknya.

  • Kalau tidak suka terlalu manis boleh kurangkan gulanya. Hidangkan nasi dagang dengan gulai ikan tongkol dan sambal kelapa.

  • Boleh juga dimakan dengan sambal tumis dan acar timun.

Wednesday, August 26, 2009

Juadah Berbuka cum Besdey

Bismillah..Assalamualaikum...

Hmmm..sedar tak sedar dah 6 hari kita menjalani ibadah puasa...tapi aku baru 2 hari berpuasa..almaklumlaa owang pompuan...but alhamdulillah, aku dapat melaksanakan ibadah puasa dengan tenang dan tawadduk...memandangkan besdey hadif jatuh sehari sblum puasa, so cadang nk sambut la masa hari 1st puasa...jeng2, kami berbuka aka celebrate besdey kt ciken rice shop je...beli kek biasa2 je..

Besdey boy - Hadif dah 1 tahun on 21/08/2009
Kek besdey....looney toons
Juadah berbuka hari pertama...
Baba sedang menatap juadah...terliur la tu :p
Hadif yang kekenyangan sebelum org berbuka lagi...

Okies...next weekend kita celebrate betul2 yek baby...dun wori...umi cayang baby... next post baru ade gambo besdey betul2 kay..weehuu..

"Ya Allah, aku minta perlindungan bagi kamu berdua dengan kalimah-kalimah Allah yang sempurna daripada setiap syaitan, binatang yang berbisa dan bencana ain (pandangan mata yang menimpakan penyakit)"

Wassalam...

Monday, August 24, 2009

Home Sweet Home

Bismillah....Asslamualaikum...

Alhamdulillah semua urusan loan rumah berjalan dengan lancar dan telahpun approved...bagus bank ni 1 week je dh approved...sapa2 nk wat housing loan, kontekla aku..nnt aku rekomenkan person yang blh cepatkan proses loan tu...budak bank tu kata loan kitorang paling best dan senang approved..

Aniwey, kami lagi la hepi bila dapat tahu projek tu akan di launch minggu depan..floor plan pun dah ada...

Tak sabar rasanya...InsyaAllah semoga semuanya berjalan dengan lancar...

"Ya Tuhan kami, berikanlah rahmat kepada kami dari sisi-Mu dan sempurnakanlah bagi kami petunjuk yang lurus dalam urusan kami ini." (QS. Al-Kahfi: 10)

Wassalam...

My Prince Charming

Bismillah...Assalamualaikum...

Boring duk saje..so rasa nk apdet blog..jadi dlm duk tgk2 gambar2 tu terjumpa video hadif yang sgt terserlah kegembiraanya apabila sekali sekala dapat benda alah ni...



Balik je, dia nk bercerita lah kononnye...tapi tak terkeluar apa yang nk dikata...hanya dapat dengar bunyi ini sahaja...



Kekadang rasa tercuit bila tengok gelagat budak2 kecit yang sedang melalui proses pembesaranya day by day (growing bigger day by day)...

Ya Allah ya Tuhanku, Engkau selamatkanlah anakku..jauhilah dia dari segala penyakit dan malapetaka..jadikanlah dia anak yang sempurna, yang taat kepada perintah Mu dan perintah ibubapanya, jauhilah dia dari segala gangguan dan hasutan jin dan syaitan durjana ya Allah..Amin..

Wassalam..

Wednesday, August 19, 2009

Weekend

Bismillah...Assalamualaikum...
Hmmm...hujung minggu yang pack...
Sabtu...
Pagi mcm biasa la kalu wiken, selagi baby x bgn, mata pon malas nk terbukak...tapi kena bgn gak coz baba nk g keje...
Baba dh g keje, baby x bgn2 lg..hmmm cuci baju la...then tghri pegi sg buloh jap submit loan kt rhb..
Petang...
Pegi ziarah anak cekmah kt subang bestari..comel tul Adam Iskandar..tapi x leh nk dekat2 sgt ngan dia coz aku selsema..Adam pon asyik pejam je..
Hadif and Adam Iskandar

Umi, Hadif and Adam Iskandar


Cekmah and Hadif

Lepas balik ziarah cekmah, trus ke giant kota d'sara..jalan2 je...

Belum puasa lagi dh ada booth utk raya...

Sementara tunggu baba smayang, masuk sini jap...

Seronok la tu...

Kemmaian lagi...


Hadif....hepi alwiz


Ahad...
Pagi bgn awal coz hadif bgn awal...kemas rumah..igt x mo g mane2, tetiba baba ajk g jln2 kt melaka..
So..kul 12tghri brtolak sampai kt melaka kul 1.30ptg..lambat sampai coz silap g ikut garmin..last2 ikut jln conventional je..
Pegi jln2 kt mahkota parade and dataran pahlawan...


Hadif kalu lepas, mcm ni la dia...
Gari kejap, bg dia rileks...

Alamak! Budak kecit ni terlepas lg la..

Elisya and little princess
Budak kecit ni dh letih...

Malamnya...
Apa lagi, makan laaa..pegi melaka tak sah kalo x g mkn kt medan ikan bakar...slalu g kt umbai, tp boring la...nk try kt tpt len lak...haaa kami ke medan ikan bakar alai...dkt je ngan umbai...kt cini pn ok gak ar..serve pn cepat, maknan pn best2...

Ketam goreng sweet sour...
Udang goreng mentega...
Siakap 3 rasa...
Kerang goreng bercili...
Pari bakar...

Sempat pozing sblm balik kl...

Sampai kl kul 1 pg....
Itulah aktiviti kami di hujung minggu..memang tak lekat kt umah...semoga kami sekeluarga bahagia selamnya..Ya Allah selamatkanlah kami dari segala malapetaka dan berkatilah segala yang kami lakukan...Amin...

Wassalam..

Saturday, August 15, 2009

Taman-taman Syurga

"Harta benda dan anak-anak kamu hanyalah menjadi ujian dan di sisi ALLAH ada pahala yang besar." (Al-Quran Surah At-Taghabun, 64:15)

Anak-anak adalah amanah dari ALLAH s.w.t. dan ianya sebahagian dari ujian ALLAH s.w.t. kepada kita hamba-hamba- Nya. Sebagai ujian, ianya akan dipertanggungjawabk an. Orang yang malang ialah orang yang mempunyai ramai anak tetapi anak-anaknya tidak membawa kebaikan kepadanya di akhirat.
Rasulullah SAW diberitakan telah bersabda : "Tahukah engkau siapakah orang yang mandul."
Berkata para sahabat : "Orang yang mandul ialah orang yang tidak mempunyai anak." Lalu Rasulullah SAW berkata : "Orang yang mandul itu ialah orang yang mempunyai ramai anak tetapi anak-anaknya itu tidak memberi kemanfaatan kepadanya sesudah ia meninggal dunia."-(Maksud Al-Hadith ) Ini mungkin disebabkan beberapa kesilapan dalam mendidik anak-anak.
1. Kesilapan pertama: Kurang berdoa
1.1 Kurang berdoa semasa mengandung. Antara doa-doa yang digalakkan diamalkan semasa mengandung ialah
* Saidul (penghulu) Istighfar
* Doa memohon rahmat (Al-Quran Surah Ali 'Imran, 3 : 8-9)
* Doa memohon zuriat yang baik (Al-Quran Surah Ali 'Imran, 3 : 38)
* Doa agar anak mengerjakan solat (Al-Quran Surah Ibrahim, 14 : 40-41)
1.2 Kurang berdoa semasa membesarkan anak. Doa-doa yang digalakkan diamalkan semasa anak membesar ialah
* Doa agar anak patuh kepada ALLAH s.w.t. (Al-Quran Surah Al-Baqarah, 2 :128)
* Doa diberi zuriat yang menyejukkan hati (Al-Quran Surah Al-Furqan, 25 :74)
* Doa supaya nama anak membawa kebaikan kepadanya.
2. Kesilapan kedua: Banyak memberi belaian Tarhib (menakutkan) daripada Targhib (didikan atau motivasi) seperti :
* menakutkan anak-anak dengan sekolah
* menakutkan dengan tempat gelap
* menakutkan dengan hutan rimba atau bukit bukau
* menggunakan kekerasan dan paksaan semasa menyuruh anak tidur
3. Kesilapan ketiga: Tidak tegas dalam mendidik anak-anak
* tidak menjadualkan kegiatan harian anak-anak
* terlalu memfokuskan anak-anak kepada sesuatu aktiviti sahaja tanpa mengambil kira perasaan mereka.
4. Kesilapan keempat: Menegur anak secara negatif
* mengeluarkan kata-kata kesat dan maki hamun kepada anak-anak (terutama semasa marah).
* membandingkan anak-anak dengan anak-anak lain atau anak orang lain.
5. Kesilapan kelima: Memberi didikan yang tidak seimbang antara jasmani (physical), rohani (spiritual) dan minda (intelektual)
* ramai yang lebih mementingkan pendidikan minda dari pendidikan rohani
6. Kesilapan keenam: Kurang memberi sentuhan kepada semua anak-anak sedangkan Rasulullah kerap dilihat mendukung cucu-cucunya dan mencium mereka.
Diriwayatkan oleh Aisyah r.a. : Pada suatu hari Rasulullah SAW mencium Al-Hassan atau Al-Hussien bin Ali r.a. Ketika itu Aqra' bin Habis At-Tamimiy sedang berada di rumah baginda. Berkata Aqra' : "Ya Rasulullah! Aku mempunyai sepuluh orang anak, tetapi aku belum pernah mencium seorang pun dari mereka." Rasulullah melihat kepada Aqra' kemudian berkata : "Siapa yang tidak mengasihi tidak akan dikasihi."-( Maksud Al-Hadith Riwayat Bukhari dan Muslim)
7. Kesilapan ketujuh: Penampilan diri yang kurang anggun dan kurang kemas
* ibu bapa tidak menunjukkan cara berpakaian yang kemas dan yang menepati kehendak syarak bila berada di rumah, iaitu berpakaian secara selekeh atau berpakaian seksi di hadapan anak-anak.
8. Kesilapan kelapan: Susunan rumahtangga yang tidak kemas.
Ini mengakibatkan anak-anak terikut-ikut dengan cara itu dan membesar menjadi pemalas dan selekeh.
9. Kesilapan kesembilan: Kurang menghidupkan sunnah di rumah seperti memberi salam, makan berjemaah, beribadah bersama-sama, dan sebagainya.
Dalam menjawab salam, lazimkanlah menjawab salam dengan yang lebih baik dari salam yang diberi.
10. Kesilapan kesepuluh: Tidak menggantungkan rotan di tempat yang mudah dilihat oleh anak-anak.
Dalam Islam, merotan anak dengan tujuan mendidik adalah satu sunnah.
11. Kesilapan kesebelas: Kurang mendedahkan anak-anak dengan model yang cemerlang seperti para ulama' dan orang-orang yang berhemah tinggi dan berakhlak mulia.
Anak-anak juga patut didedahkan dengan sembahyang jemaah, kuliah agama dan aktiviti-aktiviti yang bersesuaian dengan akhlak Islam.
12. Kesilapan keduabelas: Bertengkar di depan anak-anak.
Ini akan menyebabkan anak-anak rasa tertekan dan membenci salah seorang dari ibubapanya.
13. Kesilapan ketigabelas: Membenarkan orang yang tidak elok sahsiyahnya masuk ke dalam rumah kita, baik dari kalangan sahabat sendiri ataupun sahabat anak-anak, kerana ini akan memberikan contoh yang tidak baik kepada anak-anak yang masih membesar.
14. Kesilapan keempatbelas: Kurang mengawasi rancangan-rancangan yang ditonton samada dari TV ataupun video.
Pengawasan dalam hal ini adalah penting kerana kebanyakan rancangan dari media ini menonjolkan akhlak yang kurang baik seperti pergaulan bebas lelaki dan perempuan, pakaian yang tidak menepati syarak dan perbualan yang boleh merosakkan agama anak-anak.
15. Kesilapan kelimabelas: Terlalu bergantung kepada pembantu rumah untuk mendidik anak-anak.
Sebagai ibubapa kitalah yang akan disoal di akhirat kelak akan anak-anak ini. Oleh itu adalah menjadi satu kepentingan kita untuk berusaha memastikan anak-anak terdidik dengan didikan Islam.
Wallahu'alam.

Thursday, August 13, 2009

Hari Yang Meletihkan

Bismillah...Assalamualaikum...

Hari ni sgt meletihkan...batuk + sakit tekak + sakit kepala :(( ... pegi opis lambat skit...sampai opis kul 10pg..tgk henfon off..bila on je, tgk ade sms dari secretary ckp kena g meeitng kt titiwangsa..elok la tu, miting stat kul 10pg, kul 11pg aku baru sampai..nasib bek dorang x stat lg, pegi site visit dulu.. :) tiba dlm miting lak, client plak byk songeh la..nk tu la, x nak ni la..nk elok, tp nk murah..g shopping kt petaling street je la kalu nk murah2...huh...

Berbalik kepada letih tadi...rasa nk kena g cek doc lg kot..takut jugak kan skrg ni dgn influenza A la...ape la..macam2 nk kena takecare...baby pon nk kena hati2..balik keje, amik baby trus blik umh, masuk umh..x kuar g main2 kt playground dh...kesian gak kt baby...terpaksalah beli menan byk2 kt dia spy dia x boring...but alhamdulillah baby sehat, x ape2...

so skrg ni, kalu rasa sakit skit, nk kena g cek doc cepat2...Ya Allah, lindingilah kami dari segala mala petaka dan mara bahaya...semoga kita semua dilindingi olehNya sentiasa..Amiin..

Wassalam...weeehuuu..

(p/s : hari ni xde entri cos xde mood nk tekan2 camera)

nukilan,